Saturday, April 11, 2009

smpai di pekan taiping

aku y berindak selau co-pilot punya lebih masa untuk memerhati ke kiri ke kanan
pandanganku tertangkp pada sebuah bangunan kecil di tepi simpang jalan
msjid lama, tertulis 1897...wah,lamanya...masih ada jemaah yg mengimarahkannya...
prjalanan diteruskan..
selepas simpang brikutnya,telah terlihat ramai mula berjalan kaki ke satu arah yg sama
hhmm,pasti destinasi yg ingin dituju udah sangat dekat..kereta kami belok ke kanan untuk mencari tempat parkir..
satu ringgit dibayar kepada 'penjaga' parkir itu
langkah kami agak gugup denagn hati yg sedikit teruja..
dengan sebotol air mineral di tangan,dewan bandaraya taiping kami temui..
aku kata "hud,jom kita pi sebelah depan,orang muda kena berdiri kt barisan hadapan"
setuju dengan cadangan aku,kami menyelinap di sebalik lautan manusia..hingga la tidak boleh maju lagi kerana yg di depan ialah abg2 polis dan FRU,haha..sangat teruja
"a'kum bang,dah lama tunggu kt cni?"sapa saya
"w'salam,dah 4 ari abg berkampung kt cni,ambil cuti"
wah,mesti dah lalui hari2 berkempen yg mencabar,bisik hatiku...
selain ada ramai polis2 yg mengawal,ade juga helicopter yg menyuluh2 kami dari atas
bila disuluh sahaja himpunan kami yg ramai di pinggir padang,bendera dan tangan dijulang ke atas
"hoi,turunlah!buat abis minyak je,minyak 2 ktorang yg bayar tau"
jerit seorang brother.
walau keadaan di tepi padang itu ada yg sedikit lecak,kami terus menunggu dengan sabar..
menurut rakan2 yg mengupdate result di internet,kemenangan kedua bukit hampir pasti milik rakyat, rakyat yg sedar dan dahagakan keadilan..
hujan renyai2 mula turun..hujan rahmat mungkin
sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi melalui telefon,pengumuman tidak rasmi dibuat menggunakan heller..
serta merta di satu sudut padang yg berbukit,beberapa das bunga api terpancar ke langit..indah meraikan kemenangan
yg amat melucukan,asap dari bunga api itu pergi ke arah anggota polis dan fru yg berkawal di tengah padang...

Wednesday, April 8, 2009

jihad ke bukit gantang..

bertolak jam 3.45 ptg, 7 hb april 2009
singgah jap kt bank islam cocok duit
next pi tuang minyak kt petronas bangsar
rm 20 sudeh...
dengan bertawakkal,kami memulakan perjalanan menyusup ke jalan duta
ambil tiket kt tol..
the journey sejauh 252 KM pun bermula....

singgah di hentian tapah solat asar dan makan
ramai orang berkopiah putih, nak pi haji ka??
minyak diisi lagi dan hentian seterusnya ialah sg. siput

menurut informer,kami perlu terus ke bandar taiping tempat pengiraan undi di dewan bandaraya...
so, susur keluar changkat jering diambil...
tapi sebelum 2 dah terlihat kemeriahan bendera pabila kami melintasi bukit gantang..
rm 6.40 dari tol jelapang ke changkat jering
keluar je susur highway,dah terlihat perang poster dan bendera di sepanjang jalan ke semua arah
setiap simpang dikawal oleh polis traffic yg bawak superbike besar tu (kalu mat rempit x payah lari la,mesti kalah punye ngan moto polis ni)
3 kali berlaku dalam on da way sesak2 nak menuju ke taiping ni,polis menyuruh ke tepi beri laluan buat jip n kereta waja polis nak lalu..hehe
tapi kami bersabar sambil mendengar alunan lagu dari kaset akhil hay..
"aku mencari,mencari ketenangan,aku mencari mengenal diri.."
akhirnya tepat jam lapan malam,tiba sudah kami di pekan taiping.
ops to be continue...